Monday 3 February 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google

Di antara waktu yang paling mustajab untuk didik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30-60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid atau surau.

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah).

Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib (ikut Sunnah) untuk mudah belajar di waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, daripada MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat orang Melayu saja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UNTUK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan dan lauk pauk lebihan anak-anak. Malahan, makanan untuk pembantu rumah pun patut di asingkan untuk menghargai mereka. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab untuk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

-Dato Fadzillah Kamsah -

No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...