Showing posts with label Si Kecil Anda. Show all posts
Showing posts with label Si Kecil Anda. Show all posts

Monday, 17 February 2014

MEALSHAKE SHAKLEE MENU YANG SIHAT DAN SEIMBANG BUAT TUMBESARAN ANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google


Si kecil anda yang sedang membesar memerlukan makanan yang sihat dan seimbang. Pastinya ibu bapa sentiasa memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya bagi keperluan badan mereka.

Bagi memastikan anak anda mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat antara menu penting yang diperlukan oleh anak-anak anda ialah :

Khasiat pemakanan dari sumber semulajadi

  • Memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup dalam pembesaran mereka.
  • Kalsium yang mencukupi penting untuk kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan kira-kira 800mg kalsium setiap hari. Makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk anak anda.
  • Bagi membekalkan vitamin A dan C adalah dengan memberikan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya berikan anak-anak anda makan daging dan kekacang.
  • Bagi mendapatkan peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan memberikan produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh.
Anak anda berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya. Sekiranya kurang zat besi dalam badan kanak-kanak akan mudah mendapat anemia. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan anak anda dan mengakibatkan anak anda kurang selera makan. Rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat. 

Jika anda tak dapat penuhi pemakanan pemakanan seharian anak anda, anda boleh ambil supplements buat anak anda. MEALSHAKE SHAKLEE sesuai diamalkan oleh kanak-kanak bagi melengkapkan hidangan nutrisi mereka.





MEALSHAKE SHAKLEE

  • Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
  • Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
  • Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
Mealshake Shaklee bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja tetapi ia dihasilkan untuk semua golongan. Antaranya ialah :
  • Kanak-kanak sedang membesar
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Para atlet
  • Pengamal sayuran (vegetarian)
  • Orang sakit
  • Orang yang sibuk bekerja
  • Orang yang selalu mengambil makanan segera.
Mealshake Shaklee merupakan pilihan bijak jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Buat pelanggan Myu Angle akan diberikan harga istimewa, panduan pengambilan yang betul dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian. Sms atau whatsapp 011-21111245 (Lieza) for quick reply.



Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 5 February 2014

WORDLESS WEDNESDAY : LUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA ANAK-ANAK

Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak anda. Mereka perlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.



Monday, 3 February 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google

Di antara waktu yang paling mustajab untuk didik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30-60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid atau surau.

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah).

Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib (ikut Sunnah) untuk mudah belajar di waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, daripada MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat orang Melayu saja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UNTUK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan dan lauk pauk lebihan anak-anak. Malahan, makanan untuk pembantu rumah pun patut di asingkan untuk menghargai mereka. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab untuk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

-Dato Fadzillah Kamsah -

Thursday, 16 January 2014

TIP AJAR ANAK MENGAJI



Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Antara beberapa tips ajar anak mengaji ialah :

 Setiap hari sekitar 15 minit. Selepas solat Maghrib adalah waktu yang sesuai.

 Tidak segera memberitahu sebutan yang betul tetapi menegur dengan menggunakan isyarat seperti mengerakkan-gerakkan alat penunjuk kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya barulah diterangkan.

 Boleh menegur dengan bunyi-bunyi tertentu seperti "em", "heh" dan lain-lain.

 Hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.

 Tidak sering memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul.

 Apabila dia sudah membaca dengan lancar berikanlah hadiah sebagai ganjaran.



Wednesday, 15 January 2014

TIP MENGENDALIKAN SI MANJA YANG DAHAGAKAN PERHATIAN.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Antara beberapa tip mengendalikan si manja yang dahagakan perhatian anda ialah :

 Cuba bertoleransi dengan si kecil. Buat sahaja jika permintaannya itu tidak terlalu sukar dilaksanakan. Mama jangan berkira sangat ya.

 Jadilah orang dewasa dan bersikap rasional dan berbudi bahasa dan janganlah pula bergaduh dengan mereka dan bersikap kebudak-budakan.

 Bersikap tenang dan layani kerenahnya. Si manja hanya mahukan perhatian anda oleh sebab itu kadang kala si kecil berubah sikap.

 Menyedari bahawa fasa ini akan berlalu. Setiap anak adalah unik dan mempunyai perangai berbeza dengan anak yang lain. Si manja akan melepasi fasa sukar ini selepas usia lima tahun.

 Tunjukkan perilaku positif dan berikan contoh yang baik. Si manja akan mempraktikkan ketika mahukan perhatian jika anda melakukan sesuatu yang negatif.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...