Sunday 7 April 2013

MAKANAN UNTUK RAMBUT SIHAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to Google

Rambut adalah mahkota bagi seorang wanita. Semua wanita inginkan rambut yang sihat dan cantik. Selain rajin bersyampu dan ke salun, pemakanan yang seimbang juga perlu bagi merawat dan menjaga rambut agar tampak cantik dan sihat. Sel rambut yang tumbuh bergantung pada nutrisi yang dimakan. Sel-sel rambut rosak terjadi akibat makanan yang dimakan tidak cukup nutrisi.

Antara Makanan Untuk Rambut Sihat ialah :

1) Ikan Salmon
Ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana mengandungi omega-3, vitamin B-12 dan zat besi. Kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak akibat kerana kekurangan zat-zat tersebut.

2) Sayur-Sayuran Berwarna Hijau Tua
Sumber terbaik untuk vitamin A, C, zat besi dan kalsium ialah bayam, brokoli dan lobak Swiss. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

3) Buah Segar

Bagi mengurangkan keguguran rambut, buah-buahan yang baik untuk diambil ialah tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan sejumlah nutrisi penting yang baik.

4) Kacang Buncis
Mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut dan juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin. Rambut mudah rosak akibat kekurangan biotin.

5) Kekacang
Makan banyak kekacang menjadikan rambut kamu cantik berkilau. Contohnya seperti badam yang mengandungi asam alpha-linolenic iaitu asam lemak omega-3 yang membantu melembapkan rambut. Sumber zink yang baik terdapat di kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam. Rambut mudah gugur akibat kekurangan zink.

6) Telur
Bagi mendapatkan rambut yang sihat, telur merupakan antara sumber protrein yang baik. Rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar akibat kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh.

7) Bijirin
Bagi mendapatkan rambut yang sihat, roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

8) Produk Susu Yang Rendah Lemak.
Yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Mineral yang penting bagi pertumbuhan rambut adalah kalsium.

9) Makanan Laut
Kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur, memperkuatkan akar rambut, membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.


TIPS MINYAK RAMBUT

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera...

Credit to Google.

1) Minyak Zaitun
Menjadikan rambut sentiasa berkilat, halus, kuat dan memperbaiki kerosakan rambut.

2) Minyak Kelapa
Membantu menyuburkan rambut secara semula jadi. 

3) Minyak Jarak
Membuatkan helaian rambut menjadi lebih tebal dan sihat.

4) Minyak Badam
Membantu pertumbuhan rambut dan mengubati kerapuhan rambut.

Bagi memberikan makanan semulajadi untuk rambut gabungkan dengan kesemua minyak di atas.

Caranya :

- Dalam sebuah bekas campurkan semua minyak tersebut.

- Minyak jarak lebihkan sedikit kerana kandungannya lebih pekat daripada minyak lainnya.

- Jika kamu menggunakan satu cawan minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak badam, gunakan setengah cawan untuk minyak jarak.

- Bagi mewangikan kandungan minyak ini tambahkan sedikit haruman seperti air mawar atau lavendar.
                                                                                                                              
- Simpan minyak dalam tempoh sebulan sebelum digunakan 
agar hasilnya memberi lebih berkhasiat untuk rambut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...