Friday 29 March 2013

KAMUS KASUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.


Ada pelbagai jenis kasut yang korang boleh pilih. Pilih saja yang mana satu pilihan korang. Apa yang penting keselesaan :)

1) Wedges
Mempunyai ‘sol’ yang rata dan bahan yang ringan, menjadikan ‘wedges’ selesa dipakai ke mana sahaja. Kasut jenis ini amat sesuai dipakai untuk ke acara santai. Bagi ke majlis semi formal pula, kenakan ‘wedges’ bertali yang seksi!

2) Stiletto
Kasut ‘high heel’ dengan tumit yang runcing. Memakai ‘Stiletto’ membuatkan si pemakai kelihatan lebih seksi, kerana bentuk kaki akan kelihatan lebih panjang dan jinjang. Tinggi kasut jenis ini biasanya bermula dari 7cm.

3) Pumps
Sejenis kasut  dengan potongan hujung yang bundar. ‘Pumps’ sering dikaitkan dengan gaya feminine yang ‘innocent’ kerana apabila memakainya akan mengingatkan kita pada kasut yang dipakai sewaktu zaman kanak-kanak.

4) Mules
Berhujung runcing dan boleh mengecilkan bentuk kaki. Biasanya mempunyai rekaan tersendiri dan ‘trendy’. Mempunyai variasi pelbagai ketinggian. Jadi kamu boleh memilih untuk memakai kasut ini dengan apa jua pakaian sekalipun.



Thursday 28 March 2013

10 TIP BELANJA SECARA ONLINE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google.

1) Pastikan anda melakukan sedikit kajian terhadap laman web yang dikunjungi sebelum membeli atau melakukan transaksi. Sekiranya anda berbelanja di laman web yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini sangat penting untuk melakukan sedikit kajian. Sebelum meneruskan transaksi periksa nombor telefon si penjualnya dan cuba menghubunginya terlebih dahulu.

2) Anda war-warkan di Facebook tentang web ini ataupun apa sahaja jaringan yang membolehkan anda mendapat pendapat ramai jika anda kurang yakin ataupun ragu-ragu pada laman web tersebut. Katakan anda berminat membeli di laman web tersebut dan lihat komen-komen yang ditinggalkan rakan-rakan anda.Tinggalkan sahaja laman web tersebut jika ada yang memberi pendapat negatif. Jangan bersedih kerana masih banyak lagi laman web yang lebih baik untuk dijadikan pilihan.

3) Paling penting baca syarat-syarat urusan jual beli. Agar anda tidak mengalami kerugian pastikan anda memahami dan memastikan ia adil untuk anda. Lihat bagaimana polisi andai barang yang dihantar rosak, koyak ataupun ada yang tidak kena. Lihat sama ada barang boleh dipulangkan semula ataupun duit akan dikembalikan.

4) Kesalahan yang selalu kerap dilakukan adalah terpengaruh pada gambar-gambar produk yang dijual. Jangan terlampau tergoda pada gambar sahaja, baca deskripsi produk baik-baik. Tidak salah andai anda mencurigai apabila barang yang harganya patut mahal tiba-tiba murah sangat. Siasatlah sebelum anda membeli kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena.

5) Pastinya anda teruja apabila melihat diskaun yang banyak namun jangan terburu-buru atau terlalu mudah jatuh cinta pada produk dengan harga murah yang datang dari e-mail apalagi meminta ID dan password tanpa izin dari pemilik e-mail. Jadi hati-hati sebelum tertipu kerana kebiasaannya ini kerja spammer.

6) Pastikan PC anda mempunyai antivirus. Jika PC anda ada anti 'spyware' dan 'firewall' adalah lebih baik. Ini penting agar melindungi PC anda agar terlindung dari ancaman virus apabila mengunjungi laman web yang tidak dikenali dan setkan proses update secara automatik.

7) Pertimbangkan cara pembayaran. Kebiasaannya pembayaran dilakukan dengan kad kredit. Kad kredit merupakan bukti yang kuat sekiranya anda sudah melakukan transaksi tetapi barang tidak dihantar atau tidak seperti yang dipesan. Memindahkan wang secara online juga boleh dipertimbangkan kerana bukan semua orang mempunyai kad kredit.

8) Pastikan anda memeriksa harga total iaitu harga barang campur harga pembungkusan campur harga postage. Agar anda benar-benar mendapat harga yang berbaloi serta berpatutan dan bandingkan jumlah total tersebut  dengan laman web lain.

9) Pastikan anda menyimpan bukti transaksi seperti deskripsi produk dan harga serta salinan e-mail antara kamu dengan penjual.

10) Matikan PC sekiranya anda ingin pergi ke mana-mana setelah selesai melakukan transaksi. Ia untuk memastikan tiada pihak  lain yang mengambil kesempatan menyambung mengendalikan PC anda dan melakukan transaksi yang lain.




Sunday 24 March 2013

TIPS GAYA TUDUNG PASHMINA DAN SELENDANG YANG SESUAI MENGIKUT BENTUK MUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

1) BENTUK MUKA BULAT

Bentuk muka bulat iaitu mereka yang mempunyai jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertembung di pipi. Sebelum memakai anak tudung pakai cekak terlebih dahulu. Bagi mengelakkan ukuran kepala tidak kelihatan bertambah pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal.Kegunaan cekak yang dipakai adalah untuk membayangkan dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. 

Dalam pemilihan selendang pula, pilihlah selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak nampak janggal ketika digayakan. Pilihan yang amat sesuai untuk jenis bentuk muka bulat adalah selendang pashmina nipis atau mini. Agar bentuk muka kelihatan bujur pakailah anak tudung bawal sebelum mengenakannya.

2) BENTUK MUKA PANJANG

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang, dagu yang panjang, bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Pilihlah anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi. Pilihan yang sesuai bagi jenis bentuk muka panjang adalah penggunaan anak tudung syria bersama selendang kerana dapat menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Apa yang istimewanya orang yang berwajah bujur ini dapat menggayakan kesemua jenis selendang.

3) BENTUK MUKA SEGI TIGA

Ciri-ciri orang yang memiliki bentuk muka segi tiga ialah memiliki dagu yang panjang, jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Agar bahagian rahang kamu tampak terbuka pilihlah tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk. Pilihlah anak tudung seperti hairnet agar tidak nampak terlalu kosong pada bahagian sebelah kiri dan kanan telinga. Sebelum memakai anak tudung pakailah cekak jenis lembut bagi membolehkan bahagian kening terangkat. Lebihkan perhatian dalam pemakaian selendang agar jarak pelipis lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang yang tidak kelihatan nyata. Gaya pintalan atau gaya sanggul ialah gaya selendang yang sesuai bagi bentuk muka segi tiga.

4) BENTUK MUKA PETAK

Ciri orang yang mempunyai bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Bagi kesan bentuk wajah nampak memanjang gunakan cekak dan pilihlah tudung yang dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang. Bagi orang yang memiliki bentuk muka petak haruslah bijak dalam menggayakan selendang. Elakkan ikatan di belakang tengkuk kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Gaya yang sesuai bagi bentuk muka petak adalah gaya lilitan.

5) BENTUK MUKA BUJUR

Jenis muka yang menjadi idaman semua gadis ialah bentuk muka bujur kerana mudah dan sesuai dalam memakai semua jenis tudung. Bentuk muka memainkan peranan penting dalam pemakaian tudung. Pilihan gaya tudung bagi bentuk muka bujur adalah bebas dan tidak perlu menggunakan cekak untuk mengekalkan bentuk tudung. Bagi penggemar selendang kamu bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang yang disesuaikan sama ada dengan anak tudung atau tak.


Tak kisahlah apa juga jenis bentuk muka anda, yang pasti SETIAP CIPTAAN ALLAH ITU CANTIK DAN SEMPURNA. Berhijab itu indah :) Each persons has it's unique persona. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...