Sunday 24 March 2013

TIPS GAYA TUDUNG PASHMINA DAN SELENDANG YANG SESUAI MENGIKUT BENTUK MUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

1) BENTUK MUKA BULAT

Bentuk muka bulat iaitu mereka yang mempunyai jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertembung di pipi. Sebelum memakai anak tudung pakai cekak terlebih dahulu. Bagi mengelakkan ukuran kepala tidak kelihatan bertambah pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal.Kegunaan cekak yang dipakai adalah untuk membayangkan dan menampakkan bentuk muka yang memanjang. 

Dalam pemilihan selendang pula, pilihlah selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak nampak janggal ketika digayakan. Pilihan yang amat sesuai untuk jenis bentuk muka bulat adalah selendang pashmina nipis atau mini. Agar bentuk muka kelihatan bujur pakailah anak tudung bawal sebelum mengenakannya.

2) BENTUK MUKA PANJANG

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang, dagu yang panjang, bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Pilihlah anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi. Pilihan yang sesuai bagi jenis bentuk muka panjang adalah penggunaan anak tudung syria bersama selendang kerana dapat menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Apa yang istimewanya orang yang berwajah bujur ini dapat menggayakan kesemua jenis selendang.

3) BENTUK MUKA SEGI TIGA

Ciri-ciri orang yang memiliki bentuk muka segi tiga ialah memiliki dagu yang panjang, jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Agar bahagian rahang kamu tampak terbuka pilihlah tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk. Pilihlah anak tudung seperti hairnet agar tidak nampak terlalu kosong pada bahagian sebelah kiri dan kanan telinga. Sebelum memakai anak tudung pakailah cekak jenis lembut bagi membolehkan bahagian kening terangkat. Lebihkan perhatian dalam pemakaian selendang agar jarak pelipis lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang yang tidak kelihatan nyata. Gaya pintalan atau gaya sanggul ialah gaya selendang yang sesuai bagi bentuk muka segi tiga.

4) BENTUK MUKA PETAK

Ciri orang yang mempunyai bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Bagi kesan bentuk wajah nampak memanjang gunakan cekak dan pilihlah tudung yang dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang. Bagi orang yang memiliki bentuk muka petak haruslah bijak dalam menggayakan selendang. Elakkan ikatan di belakang tengkuk kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Gaya yang sesuai bagi bentuk muka petak adalah gaya lilitan.

5) BENTUK MUKA BUJUR

Jenis muka yang menjadi idaman semua gadis ialah bentuk muka bujur kerana mudah dan sesuai dalam memakai semua jenis tudung. Bentuk muka memainkan peranan penting dalam pemakaian tudung. Pilihan gaya tudung bagi bentuk muka bujur adalah bebas dan tidak perlu menggunakan cekak untuk mengekalkan bentuk tudung. Bagi penggemar selendang kamu bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang yang disesuaikan sama ada dengan anak tudung atau tak.


Tak kisahlah apa juga jenis bentuk muka anda, yang pasti SETIAP CIPTAAN ALLAH ITU CANTIK DAN SEMPURNA. Berhijab itu indah :) Each persons has it's unique persona. 



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...