Friday 28 February 2014

GARLIC COMPLEX SHAKLEE ANTIBIOTIK SEMULAJADI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Bawang putih kaya dengan antioksidan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan masalah radang. Bagi yang kurang gemari makan bawang putih anda boleh amalkan supplement bagi mendapatkan khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Garlic Complex Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. 

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita. 

Manfaat Utama Garlic Complex Shaklee :

Mengandungi Spearmint
-Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung

Antibiotik Yang Selamat Dan Semulajadi
- Garlic merupakan antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh dan  menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Menghalang Alergi
- Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit berjangkit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selesema, hepatitis

Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
- Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
- Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

♥ Pengambilan secara konsisten 2-4 biji sehari menyingkirkan logam toksik dalam tubuh seterusnya menstabilkan tekanan darah tinggi.

♥ Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

♥ Membantu menurunkan paras kolesterol, LDL, Trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

♥ Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser iaitu nitrosamine.

♥ Membantu menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.

TESTIMONI PENGGUNA :





Jika anda memerlukan antibiotik untuk jangka masa panjang Garlic Complex Shaklee sangat sesuai untuk anda amalkan kerana ianya 100% semulajadi, tanpa bahan kimia dan selamat diambil.

Garlic Complex Shaklee senang dibawa kemana-mana dan semua orang mampu memilikinya kerana harga yang super ohsem. Nak dapatkan harga yang super ohsem? Hubungi saya secara sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza) for any inquiry and order.

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 26 February 2014

KENALI APA ITU SLE DAN KHASIAT VIVIX SHAKLEE UNTUK SLE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google

SLE singkatan kepada Systematic Lupus Erythematosus atau penyakit lupus merupakan penyakit kronik auto imun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba 'berubah' dengan menyerang sel badan atau organ manusia.

Maksudnya ialah ia merupakan satu gangguan sistem imun yang membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian  tubuh yang sepatutnya dilindungi. SLE juga dikenali sebagai penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-berubah mengikut individu. 

Penyakit SLE berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya masih tidak diketahui. Ia menyebabkan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Ada beberapa jenis SLE. Antaranya ialah :

  • Cutaneus Lupus
- Menyerang bahagian kulit, timbul ruam di leher, kulit kepala dan pada seluruh tubuh.

- Sebahagian tubuh atau seluruh tubuh berwarna merah sehingga bersisik, kadang-kadang sampai gatal dan hampir semua golongan ini akan berubah menjadi sistematik.
  • Sistemik Lupus
- Menyerang organ tubuh seperti sendi, otak/saraf, darah, pembuluh darah, paru-paru, ginjal, jantung, hati dan mata.

- Jenis ini menyerang organ-organ vital atau beberapa organ vital lainnya dan penyakit ini adalah tahap penyakit lupus yang sangat berat.
  • Drug Induced Lupus (DIL)
- Ianya timbul akibat sering menggunakan ubat-ubatan tertentu.

GEJALA SLE :

  • Ruam kulit
  • Sakit kepala dan demam
  • Sakit sendi dan bengkak
  • Keletihan
  • Rambut gugur
  • Gelisah dan murung
  • Luka pada mulut
  • Sensitif terhadap sinar matahari
Penghidap SLE biasanya dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Penyakit ini berkait dengan hormon estrogen.

Bagi penghidap SLE ianya tidak boleh disembuhkan dan hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan dan perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Pengambilan supplement adalah satu alternatif untuk kesihatan optimum.


VIVIX SHAKLEE

Khasiat Vivix Shaklee membantu pesakit SLE mengawal tahap kesihatan menyeluruh agar lebih baik. Vivix Shaklee produk supplement revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. 





4 MEKANISMA PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR

1) Kerosakkan DNA

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix Shaklee melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2) Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Ramuan Vivix Shaklee mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang  menolong melambatkan penuaan tahap sellular.

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel 

Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix Shaklee menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4) Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap selllular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix Shaklee adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukkan protin AGE.

Menolong membantu menjaga/memelihara :

  • Kesihatan Jantung
  • Kesihatan Otak
  • Kesihatan Sistem Imun 
  • Kesihatan Sendi
  • Perlindungan Antioksidan
  • Peningkatan Tenaga Pada Tahap Sellular, kesihatan dan kesejahteraan.
  • Kekebalan Dipertingkatkan
  • Menyokong Kesihatan Kardiovaskular
Sokongan dari keluarga amat diperlukan oleh penghidap SLE. Tiada apa yang lebih indah iaitu melihat orang yang tersayang memiliki kesihatan yang optimum.

Berminat untuk dapatkannya? Hubungi saya secara sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza) untuk dapatkan harga istimewa, panduan makan yang betul dan konsultasi percuma khas untuk customer Myu Angle.



Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Monday 17 February 2014

MEALSHAKE SHAKLEE MENU YANG SIHAT DAN SEIMBANG BUAT TUMBESARAN ANAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google


Si kecil anda yang sedang membesar memerlukan makanan yang sihat dan seimbang. Pastinya ibu bapa sentiasa memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya bagi keperluan badan mereka.

Bagi memastikan anak anda mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat antara menu penting yang diperlukan oleh anak-anak anda ialah :

Khasiat pemakanan dari sumber semulajadi

  • Memberikan anak anda pelbagai makanan dalam satu masa dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang cukup dalam pembesaran mereka.
  • Kalsium yang mencukupi penting untuk kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan kira-kira 800mg kalsium setiap hari. Makanan seperti susu, keju, dadih penting untuk anak anda.
  • Bagi membekalkan vitamin A dan C adalah dengan memberikan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Bagi mendapatkan zat besi dan protein yang secukupnya berikan anak-anak anda makan daging dan kekacang.
  • Bagi mendapatkan peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak dengan memberikan produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh.
Anak anda berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya. Sekiranya kurang zat besi dalam badan kanak-kanak akan mudah mendapat anemia. Kekurangan zink pula boleh menyebabkan gangguan deria dalam badan anak anda dan mengakibatkan anak anda kurang selera makan. Rutin pemakanan yang baik serta makanan yang sihat dapat membantu perkembangan dan tumbesaran anak-anak yang sihat. 

Jika anda tak dapat penuhi pemakanan pemakanan seharian anak anda, anda boleh ambil supplements buat anak anda. MEALSHAKE SHAKLEE sesuai diamalkan oleh kanak-kanak bagi melengkapkan hidangan nutrisi mereka.





MEALSHAKE SHAKLEE

  • Mealshake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
  • Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
  • Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
Mealshake Shaklee bukan hanya untuk kanak-kanak sahaja tetapi ia dihasilkan untuk semua golongan. Antaranya ialah :
  • Kanak-kanak sedang membesar
  • Pelajar
  • Ibu mengandung
  • Para atlet
  • Pengamal sayuran (vegetarian)
  • Orang sakit
  • Orang yang sibuk bekerja
  • Orang yang selalu mengambil makanan segera.
Mealshake Shaklee merupakan pilihan bijak jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat. Buat pelanggan Myu Angle akan diberikan harga istimewa, panduan pengambilan yang betul dan konsultasi percuma untuk setiap pembelian. Sms atau whatsapp 011-21111245 (Lieza) for quick reply.



Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 16 February 2014

VITAMIN SEMULAJADI UNTUK BERPANTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pastinya ibu yang berpantang menginginkan berpantang dengan ramuan semulajadi. Adalah sangat penting bagi ibu berpantang menjaga kesihatan diri. Bagi mengurangkan tekanan para ibu selepas melahirkan memerlukan minda yang positif, rehat yang mencukupi sokongan dari keluarga amalan-amalan berpantang secara tradisional dan pemakanan yang seimbang.

Pastinya ramai ibu moden yang tak dapat amalkan jamu atas faktor-faktor tertentu. Supplement adalah alternatif lain untuk membekalkan nutrisi, mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman wanita serta keperluan berpantang yang mudah dikendalikan.

Antara vitamin semulajadi yang diperlukan buat ibu berpantang ialah :




1) Multivitamin / Vitalea

  • Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian kerana pantang makan dan untuk sembuh dari luka bersalin.
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia.
  • Meningkatkan kecergasan dan tenaga semasa menjalani pantang
2) B-Complex
  • Mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress. 
  • Mengelakkan meroyan dikalangan ibu yang berpantang.
  • Membekalkan tenaga kepada ibu untuk menjaga bayi
3) Vitamin C
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu penyembuhan luka dan memulihkan tisu yang rosak selepas bersalin.

4) Zinc Complex
  • Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.
  • Mengelakkan rambut ibu dari gugur


5) Kalsium
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress

6) Protein
  • Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun

TESTIMONI IBU BERPANTANG :






Pastinya ibu berpantang menginginkan menjalani tempoh berpantang dengan lebih mudah, pulih dengan cepat dan mampu menguruskan si kecil sendiri. Dapatkan Set Pantang yang mudah digunakan dan praktikal buat ibu berpantang.

Apalagi kalau berminat cepat-cepat hubungi saya secara sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza) untuk memiliki Set Pantang yang berbaloi. Istimewa buat pelanggan Myu Angle dengan berbesar hati saya nak bagi harga istimewa, panduan pengambilan yang betul dan konsultasi percuma :)



Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 11 February 2014

TANDA-TANDA SAKIT BADAN. SUATU KEAJAIBAN YANG ANDA PERLU TAHU!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : 
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. 

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT 

Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas. Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh : Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis.


Saturday 8 February 2014

TIP FESYEN TUBUH BESAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

Pastinya bagi orang yang memiliki tubuh besar memerlukan panduan dan tips dalam pemilihan pakaian. Siapa kata orang yang tubuh besar tak boleh berfesyen. Eh boleh je kalau kena gaya. Yang penting keyakinan diri apabila kita menggayakan pakaian yang kita pakai. Jom cekidot tips fesyen tubuh besar. Antaranya ialah :

1. Pakaian berjalur lurus dan tegak

2. Elak memilih fesyen bercorak sarat

3. Pilih warna rona lembut dan kosong terutama untuk kemeja

4. Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar.

5. Padanan warna lembut dan terang di bahagian atas pinggang diyakini mampu mengimbangi berat badan. Manakala gayakan pula seluar rona hitam untuk kesan seimbang.

6. Elak menggayakan beberapa aksesori tambahan seperti jaket, selendang mahupun baju sejuk kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan gempal.

7. Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan.

8. Padanan kemeja-T dan denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.

9. Tidak salah berfantasi gaya seperti yang bertubuh kecil asalkan bijak menyesuaikan warna dan saiz pakaian.

10. Akhir sekali, jangan sesekali takut atau ragu untuk bergaya. Panduan XXL Warna Pakar fesyen menyatakan warna gelap dapat memberi kesan lebih ramping. Justeru, beranikan diri memilih warna seperti:

· Hitam

· Merah

· Ungu

· Hijau gelap

· Biru tua

Hah dari segi corak walaupun ia hanya corak, namun ia memberi makna besar dalam penampilan anda. Pilihlah corak berikut:

· Berjalur

· Motif sederhana

· Rekaan seimbang. 

Fabrik Fabrik kapas amat sesuai dijadikan pakaian harian kerana menyerap peluh. 

Jika ingin menghadiri sesuatu majlis , pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. 

Bahan nipis seperti sifon atau organza sebolehnya dielakkan kerana boleh menampakkan lekuk dan bayangan badan yang tidak diingini. 

Seeloknya, jika mahu ke parti pilihlah fabrik dari jenis tisu dan viscose.


Friday 7 February 2014

DIY : TIPS MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Pasti gundah gelana ada parut jerawat di wajah. Ada tak cara nak hilangkan parut jerawat? Eh memang ada, ni yang nak citer ni. hihi Cekidot yaww!


1.LEMON

Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian, kemudian gosokkan pada wajah yang berjerawat sehari 2 kali, setiap pagi, petang dan sebelum tidur.

2.BAWANG PUTIH

Tumbuk dua atau lebih, hingga cukup halus lalu disapukan pada bahagian berjerawat. Rehat selama 10minit dan basuh dengan bersih. Amalkan sekali seminggu.

3.UBAT GIGI

Sebelum tidur sapukan ubat gigi pada bahagian jerawat dan biarkan sampai esok pagi lalu dicuci dengan air bersih.

Hah senang je kan. Bahan pon ada kat rumah. Cuma kena rajin je lah nak buat. Selamat mencuba :)

DIY : TIPS MERAHKAN BIBIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google


Korang nak bibir mengiurkan macam picture ni tak ? Today , Myu Angle ada beberapa tips nak merah kan bibir secara semula jadi. So, siapa-siapa yang malu bibirnya hitam boleh lah cuba tips ni. Antaranya ialah :

1 - Menggunakan madu

Caranya anda boleh mengoleskan madu pada bibir anda setiap malam dan biarkan semalaman untuk memelihara sel kulit pada bibir dan untuk mencerahkannya.

2 - Menggunakan air mawar

Air mawar ini boleh anda gunakan untuk membuat bibir kelihatan merah dan lembut dengan cara menitiskannya pada kapas dan kemudian diusapkan pada area bibir setiap sebelum tidur malam.

3 - Menggunakan limau nipis

Buah ini merupakan bahan pemutih semulajadi. Jadi caranya dengan mencampurkan 2 sudu air dengan lemon dan madu. Kemudian boleh di sapukan pada area bibir. Diamkan beberapa saat sebelum di bilas hingga bersih.

4 - Menggunakan kunyit

Caranya adalah dengan menggunakan dan mencampurkan secubit serbuk kunyit bersama satu sudu susu. Kemudian picit bibir menggunakan ramuan tersebut agar bibir terlihat lebih merah semulajadi.

5 - Menggunakan Yoghurt

Anda boleh mencampurkan yoghurt, tepung beras dan madu pada air yang telah diberikan titisan air limau nipis. Setelah itu sapukan pada bibir anda untuk membuatnya nampak lebih merah.

Hah lagi senang pakai tips yang pertama. Ok, try it and good luck! Have a nice day ahead ;)


Thursday 6 February 2014

DIY : TIPS MEMUTIHKAN KULIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google.

Semua orang suka kecantikan. Sebab kecantikan itu merupakan satu keindahan. Myu Angle nak kongsikan tips memutihkan kulit. Tak perlu modal banyak dan bahan-bahannya ada di rumah kita. Jom Do It Yourself untuk memutihkan kulit.

Antaranya ialah :

1) SUSU

Tuang sedikit susu pada sehelai kain pencuci wajah kemudian gunakan kain tersebut untuk menggosok bahagian wajah secara lembut. Cara tersebut boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati menutupi wajah juga bermanfaat untuk mendapatkan wajah yang terlihat cerah.

2) LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR

Cara ini juga sangat mudah anda hanya perlu mengambil beberapa titis air limau nipis kemudian campur air tersebut dengan putih telur, lalu aduk hingga 2 bahan tersebut tercampur dan gunakan sebagai masker. Tunggu beberapa minit sampai masker tersebut jadi kering, kemudian bersihkan wajah anda dan bilas dengan air sejuk. Untuk mendapatkan hasil yang maksima lakukan secara teratur.

3) YOGHURT

Yoghurt bermanfaat sebagai bahan untuk menjaga kelembaban kulit wajah. Caranya anda cukup menggunakan yoghurt untuk masker wajah lalu ditambah dengan sedikit madu, kemudian biarkan lebih kurang selama 10 minit dan bilas wajah hingga bersih.


Hah kan senang je nak buat kan. Selamat mencuba :)


Wednesday 5 February 2014

WORDLESS WEDNESDAY : LUANGKAN MASA BERKUALITI BERSAMA ANAK-ANAK

Luangkan masa berkualiti bersama anak-anak anda. Mereka perlukan sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.



Tuesday 4 February 2014

DIY : PETUA PENJAGAAN KULIT WAJAH DIRUMAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Ramai orang yang nak kulit yang cantik kan? Tipulah kalau tak ada orang nak cantik. Banyak duit habis dekat spa atau salun? Cubalah terapi sendiri dekat rumah . Senang, murah and simple jerr..


Ada beberapa tips yang korang boleh cuba di rumah. Antaranya ialah :

1. Mendapatkan Kulit Yang Halus Mulus Gitu


* Ambil tomato dan kisarkan. 

* Lalu lumurkan diwajah anda selama 20minit dan bersihkan muka dengan air suam. 

* Amalkan selalu.

Fungsi : Membersihkan kulit.

2. Menegangkan Kulit Muka

* Ambil sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun
hendaklah dihancurkan sehingga lumat. 

* Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. 

* Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. 

* Kemudian basuh dengan air bersih.

3. Menghilangkan Jerawat

* Ambil asam jawa atau kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk.
* Lumurkan pada bahagian jerawat dan biarkan seketika.
* Bersihkan muka dengan air bersih.

4. Mengelakkan Kulit Muka Cepat Berkedut

* Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak

* Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung
jagung dan sebiji kuning telur. 

* Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

5. Melicinkan kulit


* Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian
gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. 

*Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. 

* Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.


* Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan
kulit muka yang gebu dan licin. 

* Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering.
* Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Ianya mudah kan kerana bahan-bahan tu semuanya ada dirumah kita. Selamat mencuba ya :)

7 KUNCI KEBAHAGIAAN



Menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah :

1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.


Monday 3 February 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google

Di antara waktu yang paling mustajab untuk didik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30-60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid atau surau.

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah).

Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib (ikut Sunnah) untuk mudah belajar di waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, daripada MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat orang Melayu saja yang menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UNTUK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan dan lauk pauk lebihan anak-anak. Malahan, makanan untuk pembantu rumah pun patut di asingkan untuk menghargai mereka. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab untuk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

-Dato Fadzillah Kamsah -

Sunday 2 February 2014

MEMBENTUK TABIAT KE ARAH PERUBAHAN POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google.


Mengikut kajian Psikologi Islam, tabiat terbentuk dalam 40 hari. 

Nabi bersabda: Barangsiapa yangg tidur lepas 'Asar 40 petang berturut turut akan jadi gila.

"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. 

"Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1. ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4. ia celaka atau bahagia 
“.Sahih Al-Bukhari No. 3208. 

Justeru, jika kita ingin mencipta kecemerlangan, pastikan kita amalkan sesuatu perubahan selama 40 hari, agar perubahan tersebut menjadi satu tabiat yang dapat membantu kita menjadi cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga Allah merahmati kita semua dan mendidik kita agar istiqamah dalam setiap perkara positif yang kita lakukan.

-Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah -

APAKAH SEBAB BAYI DILAHIRKAN PRAMATANG?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google

Apakah sebab bayi dilahirkan pramatang? Antara beberapa sebabnya ialah :

  • Pecah mentuban terlalu awal yang menyebabkan infeksi air mentuban dan selaput mentuban.
  • Ada sejarah mengalami kelahiran pramatang.
  • Kandungan lebih dari satu janin, iaitu mengandungkan anak kembar.
  • Kandungan yang mempunyai komplikasi seperti tekanan darah tinggi semasa mengandung atau uri berada di bawah.
  • Kurang mendapat sokongan sosial daripada orang-orang terdekat.
  • Semasa mengandung mengambil alkohol, dadah ataupun merokok.
  • Jangkitan pada salur kencing.
  • Jangkitan sejak lahir di dalam uterus.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...