Tuesday 4 February 2014

DIY : PETUA PENJAGAAN KULIT WAJAH DIRUMAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Ramai orang yang nak kulit yang cantik kan? Tipulah kalau tak ada orang nak cantik. Banyak duit habis dekat spa atau salun? Cubalah terapi sendiri dekat rumah . Senang, murah and simple jerr..


Ada beberapa tips yang korang boleh cuba di rumah. Antaranya ialah :

1. Mendapatkan Kulit Yang Halus Mulus Gitu


* Ambil tomato dan kisarkan. 

* Lalu lumurkan diwajah anda selama 20minit dan bersihkan muka dengan air suam. 

* Amalkan selalu.

Fungsi : Membersihkan kulit.

2. Menegangkan Kulit Muka

* Ambil sedikit tepung ubi kayu dan timun tetapi sebelum itu timun
hendaklah dihancurkan sehingga lumat. 

* Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. 

* Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. 

* Kemudian basuh dengan air bersih.

3. Menghilangkan Jerawat

* Ambil asam jawa atau kulit kayu manis dicampur dengan bedak sejuk.
* Lumurkan pada bahagian jerawat dan biarkan seketika.
* Bersihkan muka dengan air bersih.

4. Mengelakkan Kulit Muka Cepat Berkedut

* Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak

* Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung
jagung dan sebiji kuning telur. 

* Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari.

5. Melicinkan kulit


* Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian
gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. 

*Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. 

* Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam.


* Susu segar selain bagus diminum juga bagus untuk mendapatkan
kulit muka yang gebu dan licin. 

* Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering.
* Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
Ianya mudah kan kerana bahan-bahan tu semuanya ada dirumah kita. Selamat mencuba ya :)

No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...