Thursday 30 October 2014

KHASIAT SET BERSALIN PREMIUM UNTUK IBU BERPANTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...





Pastinya pengalaman menggunakan Set Bersalin Premium Shaklee amat memuaskan dan keberkesanan yang mengkagumkan. Sangat mudah digunakan semasa berpantang dan sesuai untuk digunakan bagi wanita moden masa kini.

Badan pun rasa bertenaga dan pada masa yang sama memperbanyakkan susu ibu. Set Bersalin Premium Shaklee juga membantu mengawal berat badan ketika berpantang dan memberikan nutrien menerusi susu badan untuk bayi.

Set Bersalin Premium terdiri daripada 6 supplement iaitu :

  • Multivitamin (Vitalea)
  • B-Complex 
  • Vitamin C
  • Zinc
  • Kalsium (Ostematrix)
  • Protein (ESP)

Antara khasiat Set Bersalin Premium Shaklee ialah :

1) Multivitamin (Vitalea) dengan zat besi
  • Membekalkan nutrisi, zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan agar bayi mendapat nutrien menerusi susu badan.
  • Meningkatkan kesihatan menyeluruh untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia 

2) B-Complex dengan asid folik
  • Membantu menenangkan ibu dan mengelakkan meroyan
  • Meningkatkan tenaga dan mengelakkan kelesuan

3) Vitamin C
  • Meningkatkan sistem keimunan badan
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Mempercepatkan penyembuhan luka

4) Zinc
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu mencegah keguguran rambut

5) Kalsium (Ostematrix)
  • Membantu mengatasi masalah kebas-kebas dan kaki kejang
  • Membantu ibu agar tidur lena 
  • Melawaskan sembelit

6) Protein (ESP)
  • Membantu dalam pelangsingan badan
  • Kulit baby bersih semasa lahir
  • Membekalkan tenaga semasa berpantang dan tidak mudah letih menguruskan anak.
  • Membantu memperbanyakkan susu ibu dengan lebih pekat dan berkrim

TESTIMONI SET BERSALIN PREMIUM : Membantu melancarkan penyusuan susu ibu



TESTIMONI SET BERSALIN PREMIUM : Badan bertenaga, susu meriah, luka cepat sembuh, melawaskan sembelit, mengatasi masalah rambut gugur



Set Bersalin Premium Shaklee merupakan pilihan tepat bagi ibu moden kerana 100% semulajadi, mudah diamalkan dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Set ini sesuai untuk baby jaundice.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit..





Wednesday 29 October 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL-QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Saya jumpa lelaki tua ini.. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..Baca al Quran..Umur dalam 70an..Duduk rumah dekat masjid.. Rumah agam besar dan menarik..Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta..Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan... Belanja RM 20k dan baki RM50k, dia sedekah dan infaq..

Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..Katanya malu..Saya minta 1 formula, dia berikan 10...Saya catat dan mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..doa ibubapa adalah segala galanya..Ia tiada hijab, terus termakbul..Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia.. Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..Ia datang dan berakhir..Urus masa antara 5 waktu solat..atur kerja dengan sebaik cara.. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..berada di masjid, sebelum azan..Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dengan khusyuk.. Berserah pada Allah dan bertawakal lah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..Usaha pagi petang siang dan malam.. Usahalah bersungguh-sungguh..Usaha bermula dengan berniat.. Lepas itu buat, sampai dapat.. Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..Adakan masa untuk baca Al-Quran..maka dia pun nasihatkan saya.. "Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..Banyak kan berjalan kaki.. Banyakkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan..Ikat perut dan usah membazir.. Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan..Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan..Sentiasa lah belanja orang makan dan minum.. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai orang susah..Belanja mereka makan dan minum..

7. Bila waktu Maghrib, usah berada di atas jalan... Apabila dalam perjalanan, berhenti..Cari lah masjid..Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur..Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama..Boleh dengar orang mengajar.. Boleh juga baca kitab..Lepas Isyak, buat kira-kira untung dan rugi..Siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa orang.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting..Biar kita merangkak panjat bangunan..Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..

9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..Usah cakap sakit..Apabila sakit, senyum..Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..Siapakah dalam dunia nie yang tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina..Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..

10. Niat kan mahu kaya..Niat kan mahu bantu ramai orang.. Niat mahu jadi manusia berguna..Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, macam tulis surat lah..Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..Maka tulis alamat betul-betul.

Ayuh kita istiqamah dalam amalan kebaikan...peringatan buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat..yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar..

(Tulisan Dato Roslan Abd Hamid)



Thursday 23 October 2014

SET BERSALIN PREMIUM SHAKLEE SET BERSALIN TERHANGAT DI PASARAN!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Buat bakal ibu diluar sana yang mencari-cari vitamin semulajadi untuk berpantang apa kata para bakal ibu mencuba SET BERSALIN PREMIUM. SET BERSALIN PREMIUM terdiri daripada vitamin semulajadi yang halal, selamat dan berkesan untuk diamalkan.

Di dalam SET BERSALIN PREMIUM mengandungi Multivitamin, B-Complex, Vitamin C, Zinc, Kalsium dan Protein merupakan supplement yang penting bagi ibu yang baru melahirkan bayi. Set terlengkap para ibu untuk minda, fizikal dan spiritual. Supplement terbaik untuk kembali SIHAT, CANTIK DAN PENYUSUAN YANG LANCAR.


Jom kita lihat testimoni para ibu yang mengamalkan SET BERSALIN PREMIUM SHAKLEE dan mendapat kesan yang positif dengan izin Allah.

TESTIMONI SET BERSALIN PREMIUM : Luka cepat kering dan sembuh




TESTIMONI SET BERSALIN PREMIUM : Mengawal berat badan



Set Bersalin Premium semestinya set bersalin pilihan ramai ibu berpantang. Ini kerana harganya yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki. Ramai para ibu di luar sana telah mencuba Set Bersalin Premium Shaklee dan mendapat kesan positif dengan izin Allah.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit..




Friday 17 October 2014

TIPS LEBIH DISAYANGI SUAMI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Pastinya seorang isteri menginginkan disayangi oleh suaminya. Jom kita singkap tips agar lebih disayangi oleh suami. Antaranya ialah :

  • Dihadapan suami sentiasa ukirkan senyuman dan tunjukkan riak wajah yang manis.
  • Menjadi pendengar yang baik terhadap luahan suami dan memberikan respon yang positif.
  • Ketika berkomunikasi dengan suami sentiasalah bertutur dengan lembut dan menggunakan bahasa yang sopan.
  • Apabila berada di rumah sentiasalah menjaga penampilan diri dan pakaian ketika di hadapan suami. Elakkan dari memakai pakaian yang lusuh dan buruk.
  • Ketika berada di samping suami pakailah wangi-wangian dan solekan. 
  • Orang tua-tua kata kalau nak ikat suami bermula dari perutnya. Ketahuilah masakan kegemarannya, mempelajari dan menyajikan sendiri di rumah.
  • Mengasuh dan melayani anak-anak dengan baik.
  • Menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan rapat suami.
  • Mengotakan janji-janji percintaan anda terhadapnya.
  • Pandai menjaga barangan kesayangan suami seperti haiwan peliharaan, koleksi kereta mainan atau gajet kegemaran.
  • Sentiasa meluangkan masa untuk memberikan urutan bagi menghilangkan stress dan tekanan.
  • Pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
  • Selalu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan suami.
  • Menyediakan pakaian yang sesuai dan bekalan makanan untuknya ke pejabat.
  • Pandai menjaga batas pergaulan. Tidak menjalin hubungan mesra yang keterlaluan dengan lelaki lain.

Berkasih sayanglah antara suami isteri. Pasangan anda satu anugerah dari Allah. Semoga percintaan anda sehingga ke Jannah.


Wednesday 15 October 2014

SUPPLEMENT SEMULAJADI BAGI MENEGANGKAN KULIT MUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...





CARA NATURAL MENEGANGKAN KULIT MUKA
Kulit muka akan kelihatan berkedut, terutama apabila memasuki usia 40an apabila ia kehilangan elastin, kolagen, dan asid hyaluronik, (atau HA), yang biasa terdapat dalam struktur kulit.
Malangnya, apabila kulit muka mula berkedut, terlalu sukar untuk menghilangkan kedutan itu, kecuali dengan prosedur pembedahan kecil.

Oleh itu cara terbaik untuk menghalang kedutan di muka ialah dengan mengamalkan beberapa suplemen apabila memasuki umur 35 tahun. 

Saya mencadangkan agar memakai kream penghalang matahari (sun block) ketika keluar dari rumah antara pukul 11am-5pm. Makan makanan yang kaya dengan antioksida atau mengambil suplemen antioksida seperti Vitamin C dan E, dan Omega-3 dan mineral Seleneium dan Zink. 
Makanan soya seperti tauhu, taufu, dan tempeh serta ekstrak kacip fatimah juga bagus untuk kulit kerana banyak kandungan antioksida dan mineral di dalamnya.
- Credit to Dr Zubaidi Hj Ahmad -


Hah nak tau tak supplement semulajadi bagi menegangkan kulit muka? Jawapannya ialah SET SKIN CARE SHAKLEE DAN ESP SHAKLEE. Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki tak kira tua atau muda. Yang penting selamat dan berkesan untuk diamalkan.


1) SET SKIN CARE 
Dalam set ni terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex.

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA C

  • Merangsang pembentukan kolagen iaitu bahan asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan
  • Merupakan sumber anti-oksidan untuk kecantikan kulit
  • Melambatkan proses penuaan sel kulit
  • Menjadikan kulit lebih awet muda
  • Melembapkan dan menegangkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Menjadikan kulit lebih lembut
KEBAIKAN VITAMIN E
  • Menjadikan kulit lebih sihat
  • Menghilangkan bekas jerawat, parut dan jeragat
  • Menjadikan kulit lebih halus
  • Mengurangkan kedutan
KEBAIKAN B-COMPLEX
  • Meningkatkan seri wajah (diamalkan berterusan kulit lebih berseri dan glowing)

ONLINE PURCHASE

2) ESP SHAKLEE
  • Menganjalkan kulit
  • Kulit tampak sekata dan muda
  • Mengurangkan kesan pigmentasi


ONLINE PURCHASE

Kalau anda tak suka makan banyak supplement anda boleh amalkan ESP Shaklee. Yang menariknya bulan ni promo BUY 6 FREE 1 ESP. Boleh pakat ramai-ramai share rebut promo ESP. Nak beli satu pon boleh juga.


Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle



Sunday 12 October 2014

PISANG DAN HATI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari… Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

‘Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya’ beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

‘Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?’ tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .

‘Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu’ beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci...




Friday 10 October 2014

MEALSHAKE SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK BUAT ANAK ANDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Si manja tidak akan mendapat nutrien penting yang diperlukan dengan secukupnya apabila si manja tak suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Si manja tentunya hanya makan makanan yang digemarinya sahaja.

Sudahkah para ibu mencuba Mealshake Shaklee? Mealshake Shaklee merupakan multivitamin yang dilengkapi 24 jenis vitamin, zat dan mineral yang diperlukan badan.

Dengan Mealshake Shaklee si manja anda mendapat bekalan nutrien harian yang diperlukan. Berperisa Vanila, rasanya yang sedap, tiada pewarna pastinya digemari oleh kanak-kanak.


Antara Kebaikan Mealshake buat kanak-kanak ialah :
  • Multivitamin yang dilengkapi 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan.
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Meningkatkan sistem imun badan anak
  • Membantu mengurangkan asma, batuk dan selesema yang kerap
  • Pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga
  • Membantu membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran
  • Bantu atasi masalah ekzema untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Menjadikan anak lebih sihat, aktif, bertenaga dan fokus yang tinggi sepanjang hari

TESTIMONI PENGGUNA : MEALSHAKE SHAKLEE


Dari kanak-kanak berumur 1 tahun hinggalah orang dewasa boleh menikmati minuman yang sedap dan berkhasiat ini. Yang menariknya bulan ni promo Buy 3 Free 1 Mealshake. Boleh pakat share ramai-ramai. Nak beli satu pon boleh juga. Hubungi saya ya :)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.. 




Wednesday 1 October 2014

KEKAL BERTENAGA SELEPAS BERSALIN DENGAN SET BERSALIN PREMIUM SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Ibu berpantang kehilangan banyak tenaga kerana sibuk menguruskan anak-anak, kekangan masa dalam menguruskan bayi baru lahir dan melakukan penyusuan susu ibu menyebabkan tidak mengamalkan diet yang tidak seimbang.

Set Bersalin Premium Shaklee

Pengambilan Set Bersalin Premium antara satu langkah yang terbaik bagi membantu para ibu mengembalikan kesegaran tubuh badan. Vitamin C, Vitamin B, Multivitamin, Zink, Kalsium dan protein merupakan supplement yang penting bagi ibu berpantang. Set Bersalin Premium ini tidak mengganggu penyusuan susu ibu malah Ostematrix dan ESP bertindak sebagai pengalak susu.

Antara keistimewaan Set Bersalin Premium Shaklee ialah :

  • Vitalea membekalkan nutrisi, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh yang tidak dapat dipenuhi oleh para ibu ketika berpantang makan. Para ibu banyak kehilangan darah ketika bersalin maka zat besi meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan atau merawat anemia.
  • B-Complex membekalkan tenaga dan mengelakkan kelesuan. Ia juga membantu mengurangkan tekanan emosi bagi mengelakkan meroyan di kalangan ibu berpantang.
  • Vitamin C meningkatkan sistem keimunan badan. Ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.
  • Zinc Complex membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Ia juga membantu mencegah keguguran rambut.
  • ESP bertindak sebagai milk-booster dan membantu melancarkan penyusuan yang lancar selepas bersalin. Ia juga membantu menganjalkan payudara.
  • Ostematrix membantu mengatasi masalah sembelit. Ia juga bertindak sebagai milk-booster dan membekalkan kalsium.

TESTIMONI SET BERPANTANG :




Set Bersalin Premium Shaklee adalah pilihan yang tepat bagi ibu moden kerana 100% semulajadi, selamat dan berkesan untuk diamalkan. Pastinya keputusan membeli Set Bersalin Premium ini tidak sia-sia kerana ianya mudah digunakan dan memberikan kesan yang positif.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.. 


8 LANGKAH MENJADI JUTAWAN OLEH IRFAN KHAIRI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

8 LANGKAH MENJADI JUTAWAN OLEH IRFAN KHAIRI




Antara langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1: Mulanya di fikiran

Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. "Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur" merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, "Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!"

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-langkah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama \”Angan- angan Mat Jenin\”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Konsep penting dalam memahami perihal wang adalah konsep compound interest. Maksudnya, pelaburan wang anda yang menghasilkan faedah, kemudiannya keuntungan faedah serta wang pokok anda itu dilaburkan semula. Dengan menggunakan konsep compound interest, wang anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun sekiranya faedah yang anda terima adalah 10%. Menurut Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad, selain dari memulakan perniagaan, cara mencapai kekayaan adalah melalui pelaburan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka
Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario "the grass is greener on the other side" sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!

Dan paling penting sekali, perlu sertakan dengan DOA, USAHA, IKHTIAR dan TAWAKAL! InsyaAllah... perlu Do it. Baru dapat DUIT



Oleh : Irfan Khairi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...