Sunday 31 August 2014

ANAK KURANG BERAT BADAN DAN KURANG MAKAN?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Pastinya setiap ibu bapa berasa gusar melihat si manja yang kurus keding dan kurang berat badan. Ini kerana si manja bersikap terlalu cerewet dan memilih makanan. Jika berterusan begini pastinya tumbesaran anak bermasalah.

Antara punca-punca anak kurang makan ialah :


  • Berasa bosan dengan menu makan yang kurang variasi. Memberi anak makan dengan jenis menu yang seakan sama.
  • Memberikan anak makanan ringan pada waktu selang makan. Ini menyebabkan mereka berasa kenyang apabila tiba waktu makan.
  • Minum susu terlalu banyak. Ibu bapa selalu memberikan susu kepada anak yang dalam kelaparan. Sepatutnya ibu bapa memberikan makanan yang mengandungi zat dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Terpengaruh dengan orang dewasa. Perilaku cara makan keluarga mempengaruhi cara makan si manja.
  • Anak kurang selera disebabkan tidak sihat. Rasa sedih juga boleh membantutkan selera makan.
Macam mana nak memastikan si manja anda mendapat khasiat yang mencukupi? Pengambilan supplement adalah langkah bijak bagi memastikan anak anda mendapatkan zat dan khasiat yang diperlukan tubuh badan disamping amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.



Mealshake Shaklee adalah supplement yang terbaik untuk diamalkan. Ia membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Rasanya yang lazat, meningkatkan selera makan anak dan mengekalkan kesihatan yang menyeluruh sangat berbaloi untuk dimiliki.

TESTIMONI : Selera Makan Anak Bertambah


Selera makan anak meningkat, sihat dan kekal aktif pastinya mengembirakan hati setiap ibu. Jika anak anda mengalami masalah yang sama apa kata anda cuba Mealshake Shaklee untuk si manja. Ianya diperbuat dari bahan semulajadi dan selamat untuk diamalkan.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Saturday 30 August 2014

FALSAFAH BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




1. Jadilah Buah Jagung, Jangan Jadi Buah Gajus.

Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok Pisang.

Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah Buah Durian , Jangan Buah Kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah Ubi Kayu.

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah Setangkai Petai, Bukan Setangkai Rambutan.

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah Kelapa

Semakin tua semakin pekat santanya

Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

7. Jadilah Manggis. 

Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. 

Maksudnya: Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Korang buah-buahan yang mana satu? hehehe



Wednesday 27 August 2014

KANAK-KANAK SUKAKAN MEALSHAKE SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Kanak-kanak selalunya hanya makan makanan yang dia suka. Buah-buahan dan sayur-sayuran semestinya kanak-kanak akan ketepikan dan tak nak makan. Para ibu pasti berasa gusar kerana si manja mungkin tidak mendapat nutrien yang diperlukan secukupnya. Seorang ibu itu pastinya ingin membekalkan nutrien penting bagi memastikan kesihatan si manja dalam keadaan terbaik.

Apa kata para ibu cuba berikan Mealshake Shaklee sebagai makanan tambahan buat si manja. Mealshake Shaklee merupakan multivitamin yang dilengkapi 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Berperisa Vanila, rasanya yang sedap, tiada pewarna pastinya digemari oleh kanak-kanak.

Antara kebaikan Mealshake buat kanak-kanak :

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Membantu melawaskan jika ada masalah sembelit
  • Meningkatkan selera makan 
  • Menjadikan anak lebih sihat, aktif, bertenaga dan fokus sepanjang hari.
  • Membantu mengatasi masalah ekzema


TESTIMONI PENGGUNA : KANAK-KANAK SUKAKAN MEALSHAKE SHAKLEE




Selain menyediakan pemakanan yang seimbang buat si manja para ibu boleh menyediakan Mealshake Shaklee agar si manja mendapat nutrien yang secukupnya.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Friday 22 August 2014

RESIPI KEJAYAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sebuah kisah menarik untuk dikongsi. Banyak ilmu yang boleh diambil. Copy paste dari kenalan.




Motivasi pagi :
Kisah benar :12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang (tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku bertanya "kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. 

Aku tanya dia.. Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum dan katanya "saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yang ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k, 200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas .. Katanya. Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya.. mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata "Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah. Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh-sungguh.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja "sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. 

Dammm!! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree, diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik dan sain lalu recomen pada bank dan bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. 

Katanya.. Ada yang berkata" abang tu bawak "tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..
Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu ferrari atau lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari atau lamborgini .. Kereta ni 6.2 cc.. Ferrari dan lamborgini baru 4.8 cc ...

10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start dan berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaik disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..

Wah hebat giler bila berjumpa somebody..
Insyaallah kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.



KISAH PENJUAL MADU DAN CUKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Perkongsian dari Habib Syech:-

[Kisah penjual madu dan cuka]





Toko mereka berdua berdampingan sebelahan,,,,

akan tetapi penjual cuka selalu di penuhi pelanggan,

maka penjual madu berkata dalam dirinya mungkin madu ku sepi dari pembeli

karna harga maduku terlalu mahal,,,


Kemudian dia pun berpikir untuk menurunkan harga madunya,

sehingga harga madu tersebut sama dengan harga cuka, ,

setelah di turunkan harganya tak satupun datang untuk membelinya,,,


Maka ia pun mendatangi si penjual cuka seraya berkata:

kenapa sie orang-orang lebih banyak membeli cukamu padalah rasanya kecut

dan baunya pun tak sedap

Sedangkan aku menjual madu tapi tak seorang pun yang datang padaku,,,


maka si penjual cuka berkata padanya:

Aku menjual cuka dengan lidah yang manis,,,

sedangkan engkau menjual madu tapi dengan lisan yang seperti cuka asem

dan kecut, ketus dan menyakitkan.


Maka berusahalah miliki hati orang-orang dengan perkataanmu yang baik

santun serta pergaulan yang bagus terhadap sesama,,,,


Kalau kita tawarkan agama ini dengan kata-kata yang lebih bijak, jauh dari

cacian dan kabar yang tidak akurat, pasti lebih menarik InsyaAllah.





Monday 18 August 2014

IBU BERKERJAYA KEKAL CERGAS DAN PENYUSUAN LANCAR DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan selamat pagi...


Kebanyakan ibu bekerjaya mengalami masalah kekurangan susu ibu kerana badan berasa penat akibat banyak mengeluarkan tenaga ketika bekerja.

Walaupun para ibu mengetahui susu ibu merupakan susu terbaik di dunia namun masalah kekurangan susu ibu menyebabkan para ibu berasa sedih kerana tidak dapat membekalkan susu untuk anak mereka.

Pastinya setiap ibu berasa gembira kerana dapat membekalkan susu ibu kepada anak mereka. Jom kita lihat kebaikan setiap produk di dalam SET EUFOURPACK DOUBLE PLUS.


SET EUFOURPACK DOUBLE PLUS terdiri daripada :

1) VITALEA (Multivitamin)

Mengandungi multivitamin dan multimineral yang diperlukan oleh tubuh
Dilengkapi dengan nutrient agar ibu kekal sihat, cergas dan bertenaga


2) VITAMIN C
Meningkatkan sistem keimunanan badan ibu dan bayi

3) B-COMPLEX
Menenangkan emosi dan mengurangkan stress
Membekalkan tenaga

4) OSTEMATRIX

Membekalkan kalsium kepada ibu dan bayi
Bertindak sebagai penggalak susu


5) ESP

Membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh
Mengekalkan kesihatan badan pada tahap optimum
♡ Menambah susu ibu dan susu ibu bertambah pekat agar bayi cepat berasa kenyang ketika menyusu
Memberikan tenaga berpanjangan agar badan tidak berada cepat penat walaupun bekerja dari pagi hingga petang.


Jom kita lihat testimoni ibu bekerjaya yang kekal cergas dan penyusuan lancar dengan Shaklee :)




Kini ibu bekerjaya boleh keluar bekerja dengan senang hati apabila stok susu mencukupi untuk si manja. Inilah set terbaik buat ibu bekerjaya dalam misi penyusuan lancar. Berbaloi-baloi untuk dimiliki melihatkan kesan positifnya.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...