Tuesday 25 March 2014

SAD DAY FOR MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Pastinya semua sudah maklum tentang misteri kehilangan pesawat MH370. Tak terjangkau dek akal kita bagaimana pesawat yang besar gedabak tu hilang ghaib begitu saja tanpa jejak seolah-olah ditelan bumi. Namun ia tak mustahil bagi Allah, apabila Allah berkata jadi maka jadilah ia. Bagi kita kalau difikir logik akal memang tak masuk akal tapi bagi Allah tiada yang mustahil.

Buat keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370 semoga mereka diberikan ketabahan, kesabaran, ketenangan hati dan berlapang dada menerima musibah ini. Ingatan dan doa sentiasa mengiringi kalian.

'Wahai anak Adam,jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.'
(HR Ibnu Majah).

'Alangkah menakjubkan keadaan seorang mukmin.Sesungguhnya Allah tidaklah mentakdirkan sesuatu,melainkan hal itu baik untuknya.' (HR Imam Ahmad).




Ya Allah... tiada kata untuk menggambarkan segala kesedihan yang terbuku di hati ketika ini di atas ujian yang hebat dariMu terutama keluarga penumpang dan krew pesawat MH370. Siapa yang tak bersedih jika kehilangan orang yang tersayang, keluarga tercinta dan sahabat handai.
Musibah ini adalah ketentuan Illahi. Pastinya ada hikmah yang teragung di sebalik kejadian. Terima Qada' dan Qadar ni dengan berlapang dada. Kita serahkan semuanya kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Jangan pernah berhenti berdoa, bacaan yasin dan solat hajat. Mohon hajat kepada Allah agar dipermudahkan pencarian dan memberikan pengakhiran yang baik. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Bersabarlah... kerana sesuatu itu pasti akan indah tepat pada waktunya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua.




No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...