Thursday 7 November 2013

TIPS PAMERKAN RASA SAYANG KEPADA IBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu dan di bawah redha (bukan di bawah kaki) suami. Sebagai seorang anak kita harus sayang dan kasihi ibu kita. Dalam dunia ini hanya dia seorang saja ibu kita. Tiada kedua dan seterusnya. Ibu merupakan harta yang paling ternilai yang kita miliki tak mampu terbayar dengan wang ringgit dan emas permata.

Jadi sebagai seorang anak yang kasih dan cinta kepada ibu kita bagaimanakah agaknya kita nak pamerkan rasa sayang kita terhadap ibu kita. Jom cekidot antara beberapa tips dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara pamerkan rasa sayang kepada ibu kita.

1. Sentiasa mendoakan ibu agar dapat redha Allah

2. Elakkan buat ibu menangis sebab sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sebab bahagia dan redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yang nak membakar anaknya!

3. Gembirakan hati ibu dengan memberi hadiah (sebarang benda yang ibu suka)

4. Setiap hari lahir anak yang dah dewasa, beri hadiah kepada ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jangan harap hadiah daripada ibu!

5. Bantu ibu daripada segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elakkan terlalu berharap kepada adik beradik yang lain!

6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak macam dulu lagi. Orang tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit dan minta di manja.

7. Elak bebani ibu dengan masalah kita

8. Damaikan ibu dengan sesiapa yang beliau kecil hati

9. Bawa ibu ke majlis ilmu

10. Biayai ibu untuk tunaikan haji dan umrah. Pakat dengan adik beradik agar ringan beban kewangan

11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kepada ibu

12. Lakukan ibadah wakaf untuk ibu setakat kemampuan

13. Jaga rahsia ibu dan elak permalukan ibu!

14. Lebihkan ibu daripada isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jangan sampai terguris.

15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu

16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mereka)
17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin

18. Sentiasa mohon maaf daripada ibu, takut-takut ibu pergi dulu

19. Tegur dan nasihati ibu dengan cara yang paling hikmah agar ibu tak kecil hati

20. Jangan sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu

21. Mohonlah izin dan doa daripada ibu sebelum bermusafir

22. Sediakan telefon yang mesra pengguna untuk ibu. Masukkan software Quran yang jelas dan mudah ibu baca

23. Hubungkan ibu dengan kawan-kawannya

24. Eratkan hubungan dengan adik beradik agar IBU BAHAGIA

25. Peka kepada "hajat" ibu yang sering tak terucap, sebab ibu tak mahu menyusahkan anak-anak.

26. Seboleh-bolehnya, carilah rumah berdekatan dengan rumah ibu

27. Sentiasa ucap terima kasih kepada ibu

28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kepada ibu

29. Prihatin terhadap kesihatan ibu

30. Banyak bersedekah atas nama ibu

31. Yakinlah walau apapun khidmat yang kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU

Tips di atas baru sedikit sahaja sebenarnya ada beribu lagi perkara yang kita boleh lakukan untuk pamerkan rasa sayang kita kepada ibu. Semoga kita sebagai seorang anak dapat berbakti kepada ibu bapa kita hingga hujung nyawa.


No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...