Thursday 28 November 2013

APAKAH FAKTOR KEGUGURAN RAMBUT SELEPAS BERSALIN?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google

Pastinya ibu yang baru lepas bersalin berasa gusar kerana rambut gugur terlalu banyak. Apakah faktor keguguran rambut lepas bersalin? Jom kita kenal pasti...

1) Perubahan Hormon

Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat 'berehat'. Dan disebabkan itu anda akan lihat lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat. Berbanding ketika anda hamil, hormon progesteron dan estrogen sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaan berehat dan setiap hari hanya sedikit sahaja yang gugur.

2) Tekanan

Tekanan yang dihadapi oleh ibu lepas bersalin kerana kesibukan menguruskan bayi baru lahir malah keadaan lebih meletihkan apabila ibu juga perlu bekerja. Akibatnya kesihatan dan kebersihan rambut ibu terabai kerana kekangan masa.

3) Kekerapan Hamil dan Bersalin

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung beberapa kali adalah lebih berisiko tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ini kerana ibu mengabaikan kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

4) Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Apabila bayi mula memasuki usia enam hingga 12 bulan sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir. Ada juga segelintir ibu yang mengalami masalah keguguran rambut sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan. Sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan sekiranya keadaan ini berterusan. Ini kerana keguguran rambut selepas bersalin terjadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan anemia.

Bagaimanakah cara mengatasi rambut gugur?


  • Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat
  • Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B dan berasaskan organik
  • Amalkan minum air kosong secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • Pengambilan supplement tambahan
  • Tidur dan rehat yang secukupnya. Kurangkan tekanan yang dihadapi.



Jadi anda boleh amalkan set penjagaan rambut Prosante iaitu Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditionier untk rambut yang lebih sihat. Serta amalkan dengan Zinc Complex Shaklee bagi membantu merawat akar rambut dan kulit kepala dari dalam agar lebih sihat.

Kawan sekerja saya mengalami masalah keguguran rambut. Dia baru amalkan Zinc Complex seminggu sahaja sudah menunjukkan perubahan positif. Dengan izin Allah rambut gugur yang dialaminya semakin berkurangan dari sebelumnya. Jom kita lihat testimoni pengguna yang mengalami masalah rambut gugur.

Testimoni Customer : Rambut gugur semakin berkurangan





Bagi ibu yang keguguran rambut selepas bersalin boleh hubungi saya untuk dapatkan diskaun 20%. Jom atasi masalah keguguran rambut dengan kadar segera sebelum ianya bertambah parah. Hubungi saya secara whatsapp/sms saya 011-2111 1245 (LIEZA)pm di page fb Myu Angle atau boleh add saya Lieza Meillure . 

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE


Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin brbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...