Sunday 28 July 2013

PAHALA HAMIL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google

Tiada apa yang menggembirakan seorang isteri apabila dapat memberikan zuriat kepada suami tercinta dan menyambung keturunan. Suatu tugas mulia yang Allah berikan kepadanya selagi mana caranya sah menurut tuntutan agama.

Keturunan manusia akan terhenti dan dunia hanya akan didiami oleh manusia yang tersisa untuk beberapa puluh tahun sahaja lagi sekiranya kelak para isteri yang tidak suka kehamilan kerana tuntutan ego dirinya.

Wanita yang hamil secara sah mempunyai alasan untuk berbangga kerana dapat membuktikan kepada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Ini kerana buah hati telah bersemayam di dalam rahim isterinya dan suami layak mencurahkan seluruh perhatian, kasih sayang dan kerinduan kepadanya.

Selain itu, setiap manusia mempunyai impian berharap bahawa kelak dia akan memiliki penyambung nama keluarga.

Ibu hamil menjadi wanita yang dapat memperoleh pahala dari Allah selama tempoh kehamilannya. Merasa kesejukan hati yang tiada bandingannya apabila selamat melahirkan anak yang dikandung selama ini. Andai bila ditakdirkan oleh Allah saat melahirkan bayi itu menyambut ajalnya, maka dia akan mati syahidah, mati sebagai tentera penegak agama Allah yang dijanjikan masuk syurga tanpa dihisab lagi.

Ibu hamil pasti berasa kebahagiaan yang mendalam di hati apabila mendapatkan anak yang sihat, manis, lucu, lincah dan pintar. Selain kebahagian itu, pasti timbul rasa cemas terhadap anak sehingga menciptakan suasana hati dekat kepada Allah. Ini membuktikan kebenaran beriman kepadaNya apabila kita semakin dekat kepada Allah.

Namun jika sebaliknya, petanda kita jauh dari Allah apabila berasa berputus asa dan marah sendiri dalam hati. Semoga kita dilindungi oleh Allah dari perasaan dan hati yang keras seperti itu. Seorang muslimah itu sentiasalah mengingati Allah dalam suka dan duka, dalam waktu lapang atau sempit dalam waktu senang atau susah.

Kehamilan menimbulkan pelbagai suasana yang bersilih ganti dengan cepat. Insya Allah bila seorang wanita hamil secara sah akan lebih banyak mengalami suasana yang menyenangkan kerana suami terus menyintainya dengan rasa bangga, gembira dan penuh harap.



Credit to google.

No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...