Sunday 23 June 2013

KURMA DAN KECANTIKAN KULIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

Buah kurma sedap dimakan, mempunyai khasiat dan untuk kecantikan kulit juga. Di dalam buah kurma terdapat vitamin B6 dan protein yang mampu mencegah dermatitis (jangkitan pada kulit) dan membuatkan warna kulit menjadi segar serta tidak pucat.

Bagaimanakah caranya? Caranya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan buah kurma, buah kranberi dan jus apricot lalu terhasil suatu ramuan untuk perawatan kulit yang mengandungi vitamin  C, A, B6 dan protein. Ramuan ini sangat berguna untuk membersih, melembut dan menjaga keanjalan kulit.

Apa yang korang perlukan :

  • 8 biji buah kurma
  • 1/2 auns buah kranberi beku
  • 1/2 cawan jus aprikot
  • 1/2 sudu teh oat
Bagaimana cara membuatnya?

  1. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam pengisar dan hancurkan hingga halus.
  2. Basahkan tubuh kamu dengan air suam lalu lumur dan gosok tubuh kamu dengan ramuan tersebut.
  3. Sapu dengan lembut dan perlahan-lahan. Kemudian basahi tubuh dengan air suam lalu mandilah seperti biasa dengan air sejuk.
  4. Setelah selesai mandi jangan lupa memakai losen agar kulit sentiasa bersih, mulus dan tetap terjaga kelembapannya.
Selamat mencuba dan enjoy ;)


No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...