Wednesday 12 June 2013

JOM INTAI KARAKTER MELALUI WANGIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Wah wangian yang kita pakai pon melambangkan karakter kita sendiri. Hmm menarik kan. Jom cekidot wangian feveret korang. Yeah!

Bunga-bungaan

Feminin dan romantik gambaran individu yang suka aroma bunga-bungaan. Individu dalam kategori ini memiliki sifat yang lemah-lembut.

Oceanic

Wangian moden dengan campuran elemen sintetik yang menjurus kepada lautan. Individu dalam kategori ini merupakan seorang yang cinta pada alam sekitar.

Oriental

Digambarkan si pemakai wangian oriental seorang yang seksi, eksotik dan gigih. Gemar mencari bau yang mampu menarik perhatian ramai merupakan sifat si pemakai wangian oriental.

Hijauan Semula Jadi

Lambang sebenar kehijauan alam semula jadi memberikan kesegaran dan tenaga. Ia juga melambangkan si pemakai wangian Hijauan Semula Jadi seorang yang gemar pada aktiviti luar.

Buah-buahan

Si pemakai wangian Buah-Buahan seorang yang lebih segar dan bersemangat.

Hah ok mesti korang dah tau karakter korang berdasarkan wangian yang korang suka kan. Yang baik dijadikan teladan dan yang tak baik dijadikan sempadan. 




No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...