Tuesday 14 January 2014

SIKAP SEWAKTU HAMIL



Setiap hari demi hari setiap wanita hamil mengalami perubahan fizikal yang menyebabkan mereka berasa lemah. Perkembangan kesihatan yang cepat berubah dan semakin lemah menuntut ketabahan dan kesabaran yang tinggi dari wanita hamil. Antara sikap wanita sewaktu hamil yang perlu diamalkan ialah :

* Para wanita perlulah mempersiapkan mental bila mereka ingin hamil agar tidak hilang kesabaran sehingga melakukan tindakan berdosa.

* Wanita hamil hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan doa memohon keselamatan, kebaikan dan kesejahteraan, solat sunat seperti rawatib, iaitu solat sunat sebelum atau sesudah solat wajib, solat Dhuha, solat witir dan solat hajat.

* Dengan kesabaran dan ketabahan seorang wanita hamil akan berjaya melalui kesulitan dan penderitaan yang dihadapinya sehingga hatinya menjadi tenang tenteram dan penuh harap akan rahmat Allah.



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...