Thursday 5 December 2013

UNIKNYA BAYI YANG BARU LAHIR

Bagi yang baru bergelar ibu bapa pastinya ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan bayi anda. Apakah perkara yang unik tentang bayi yang baru lahir yang patut anda ketahui. Jom cekidot!


Credit to google.

1) Kulit bayi sensitif


Berbanding kulit orang dewasa, kulit bayi baru lahir adalah 30% peratus lebih nipis, dengan permukaannya mudah terjejas oleh kelembapan dan bakteria. Kulit bayi senang mengalami radang apabila terkena kesan susu dan air liur di sekitar mulut mahupun kelembapan di bahagian punggung yang dikenali sebagai ruam lampin.

2) Berat badan si manja semakin menurun

Pada beberapa hari pertama berat badan bayi baru lahir akan menurun sebanyak tujuh hingga 10 peratus. Ia bukan berkaitan dengan jumlah susu yang diminum dan anda tak perlu risau kerana hal ini disebabkan oleh kehilangan cecair berlebihan. Setelah dua minggu berat badannya akan meningkat semula.

3) Semua bayi dilahirkan dengan rabun jauh

Bayi amat gemar memandang wajah orang. Bayi boleh melihat objek dengan jelas sejauh 20 hingga 25sm. Apabila anda bersama si manja, rapatkan muka anda dan berikan senyuman manis.

4) Bayi mungkin tersentak semasa tidur

Bayi sering tersentak ketika tidur. Bayi mungkin tidur tanpa menutup mata sepenuhnya dengan mata putih masih kelihatan. Apa yang harus anda lakukan ialah dengan merapatkan kelopak matanya dengan perlahan-lahan.

5) Kulit dan mata putihnya mungkin kelihatan berwarna kekuningan 

Ia dikenali sebagai jaundis. Ia berlaku apabila bayi berusia dua hingga empat hari dan akan hilang dalam masa satu hingga dua minggu. Jaundis tidak boleh dihindari dan akan hilang dengan sendiri. Sesetengah bayi perlu diletakkan di bawah sinaran sejenis lampu khas kerana memerlukan rawatan fototerapi.




No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...