Monday 6 May 2013

KENALI KARAKTER SESEORANG MELALUI PILIHAN KERETA YANG DIPANDUNYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Personaliti seseorang boleh dilihat melalui pilihan kereta yang dipandunya. Agaknya mana satu personaliti korang? Yeah! Jom cekidot!

Pemandu Kereta Mewah

Credit to google

Seorang yang gemar mengambil risiko dan menunjuk-nunjuk merupakan personaliti individu yang suka menggunakan kereta sports. Mereka ingin menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, mereka suka menarik perhatian orang lain dengan membangga-banggakan diri di hadapan orang lain. Namun dari sudut yang lain, individu ini sering menghadapi krisis dalam kehidupannya.

Pemandu 4x4 / Lori

Credit to google.

Individu ini seolah-olah tidak mahu memberi peluang untuk orang lain mendahuluinya. Pemilik jenis kenderaan ini melambangkan dia seorang yang agresif dan kompetitif berbanding orang lain, melihat daripada cara pemanduannya.

Pemandu Kereta Sedan

Credit to google.

Individu ini memiliki perwatakan yang seimbang dan praktikal. Pemiliknya terlalu obses dengan status yang dimiliki apabila membeli kenderaan yang agak mahal. Individu ini suka dianggap individu dari kelas atasan. Dan sekiranya dalaman kenderaan pemilik kereta jenis ini berselerak dengan barang-barang sedangkan luarannya nampak begitu bersih, ini menunjukkan dia sekadar mengambil berat hanya di hadapan mata orang ramai dan bukan untuk keselesaannya sendiri.

Pemandu Kereta Mini

Credit to google.

Tidak suka menunjuk-nunjuk merupakan personaliti pemilik kereta mini. Mereka cuba mengurangkan pandangan orang lain terhadap diri mereka memandangkan mereka lebih suka memandu kereta yang sederhana besarnya. Individu ini seorang yang sangat praktikal dan sensitif. 




No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...