Wednesday, 29 October 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL-QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...



Saya jumpa lelaki tua ini.. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..Baca al Quran..Umur dalam 70an..Duduk rumah dekat masjid.. Rumah agam besar dan menarik..Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta..Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan... Belanja RM 20k dan baki RM50k, dia sedekah dan infaq..

Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..Katanya malu..Saya minta 1 formula, dia berikan 10...Saya catat dan mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..doa ibubapa adalah segala galanya..Ia tiada hijab, terus termakbul..Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia.. Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..Ia datang dan berakhir..Urus masa antara 5 waktu solat..atur kerja dengan sebaik cara.. Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..berada di masjid, sebelum azan..Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dengan khusyuk.. Berserah pada Allah dan bertawakal lah.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..Usaha pagi petang siang dan malam.. Usahalah bersungguh-sungguh..Usaha bermula dengan berniat.. Lepas itu buat, sampai dapat.. Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..Adakan masa untuk baca Al-Quran..maka dia pun nasihatkan saya.. "Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..Banyak kan berjalan kaki.. Banyakkan minum air masak atau air mineral..Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target dan kena ada wawasan..Ikat perut dan usah membazir.. Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan..Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan..Sentiasa lah belanja orang makan dan minum.. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai orang susah..Belanja mereka makan dan minum..

7. Bila waktu Maghrib, usah berada di atas jalan... Apabila dalam perjalanan, berhenti..Cari lah masjid..Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur..Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama..Boleh dengar orang mengajar.. Boleh juga baca kitab..Lepas Isyak, buat kira-kira untung dan rugi..Siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa orang.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting..Biar kita merangkak panjat bangunan..Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..

9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..Usah cakap sakit..Apabila sakit, senyum..Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..Siapakah dalam dunia nie yang tidak pernah rasa sakit, jatuh dan dihina..Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..

10. Niat kan mahu kaya..Niat kan mahu bantu ramai orang.. Niat mahu jadi manusia berguna..Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, macam tulis surat lah..Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..Maka tulis alamat betul-betul.

Ayuh kita istiqamah dalam amalan kebaikan...peringatan buat diri saya sendiri dan sahabat-sahabat..yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar..

(Tulisan Dato Roslan Abd Hamid)



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...