Wednesday, 10 September 2014

MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Akibat dari kurang memberi penekanan terhadap amalan pemakanan yang mengandungi kolesterol tinggi menyebabkan risiko menghidap penyakit jantung. Apabila anda mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL anda berisiko untuk mendapat serangan jantung.


Bagi menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung anda perlulah mengubah pola makan dan gaya hidup yang lebih sihat. Doktor tentunya memberikan ubat khusus untuk menurunkan paras dalam darah tetapi adalah lebih baik anda mengubah corak pemakanan dan amalkan gaya hidup yang aktif dan sihat.

Antara makanan yang membantu mengurangkan paras kolesterol ialah :

1) KACANG SOYA

- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.
- Mampu menghindarkan diri anda daripada penyakit jantung dan kencing manis
- Kandungan kalsium dan mineral di dalamnya membantu memecahkan lemak dan menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)

2) KUACI

- Kaya dengan kandungan zat besi
- Amalkan memakan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi dalam tubuh dan mengurangkan kolesterol.

3) BUAH-BUAHAN KERING

- Kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid dan mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 
- Flavanoid juga boleh didapati dalam sumber makanan lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.

4) EPAL

- Amalkan memakan sebiji epal ataupun jusnya setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.

5) IKAN TUNA

- Mengandungi asid lemak omega-3 berupaya melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL dalam tubuh.

6) KACANG TANAH

- Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan Vitamin E.
- Vitamin E membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan pada masa yang sama mampu mengelakkan daripada serangan jantung.

7) MANGGA

- Kaya dengan Vitamin C dan berupaya mencegah LDL dalam tubuh.
- Belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi antara buah-buahan yang boleh diamalkan bagi menurunkan paras kolesterol.

8) KISMIS

- Sebatian yang terkandung di dalam kismis mampu menurunkan kolesterol
- Jika anda amalkan setiap hari diet 400 kalori kismis akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak lapan peratus.

9) JAMBU BATU

- Amalkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus disamping bagus untuk pelangsingan juga.

10) TOMATO

- Amalkan minum dua gelas jus tomato sehari dan merupakan salah satu langkah terbaik dalam menurunkan kadar kolesterol.

11) BUAH DELIMA

- Mengurangkan pertumbuhan plak kolesterol dan meningkatkan produksi oksida nitrat yang dapat membantu mengurangkan plak pada arteri.

12) APRIKOT

- Meningkatkan kadar kolesterol yang baik iaitu HDL dalam tubuh badan

13) BAWANG PUTIH

- Sangat baik dalam menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh

14) BAYAM

- Mengandungi banyak zat lutein penting dalam kesihatan organ jantung dan mampu melindungi jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah.
- Digalakkan pengambilan sekurang-kurangnya setengah mangkuk bayam yang telah dimasak setiap hari.


15) TEH

- Kandungan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat memberikan rasa tenang terutamanya pada pembuluh darah dan dapat menghindarkan masalah pembekuan darah.
- Selain kaya serat, teh juga mengandungi antioksidan seperti flavonoid yang dapat mencegah oksidasi yang boleh menyebabkan penimbunan kolesterol jahat (LDL) pada pembuluh darah.

16) COKLAT

- Baik untuk kesihatan tubuh dan jantung
- Pilih coklat hitam yang memiliki rasa pahit
- Mengandungi antioksidan dan flavonoid yang memang bagus untuk mengurangkan kolesterol jahat.






Jika anda inginkan menurunkan kolesterol secara semulajadi anda boleh amalkan Phytocol-ST Shaklee. Ia membantu mengawal tahap kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Pastikan anda mengamalkan Phytocol-ST Shaklee secara konsisten selama 8 minggu bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Phytocol-ST Shaklee mengandungi 2000mg Fitosterol. Fitosterol membantu menurunkan kadar kolesterol secara total dan LDL. Jom turunkan kolesterol secara semulajadi. Dapatkannya sekarang juga :)

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya secara : 
♡ sms/whatsapp 011-21111245 (Lieza)
♡ Wechat Id : ManusiaYangUnik
♡ Add Friend & PM Lieza Mansur
♡ Likes & PM Myu Angle

Pembelian kini dihujung jari. Nak order klik link dibawah dan ikut step by step. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma dan panduan makan dari saya. Happy Shopping Manusia Yang Unik :)

ONLINE PURCHASE

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil setiap consumer mungkin berbeza.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit..


No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...