Sunday, 18 May 2014

MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Memberilah semampu kita yang penting kita ikhlas kerana Allah dan urusan kita dengan Allah sudah terlaksana. Dalam rezeki kita ada hak orang lain di dalamnya. Sentiasa istiqomah dalam bersedekah.


KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :

1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.

2- Memadamkan kemarahan Allah Taala.

3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.

4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.

5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda

6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa

7- Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.

8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.

9- Bukti kebenaran iman.

10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.

11- Pintu segala amalan kebaikan.

12- Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.


BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK

1. Sedeqah yang disembunyikan.

2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak. 

3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib

4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.

5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga

6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.

7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq. 

8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.

9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

Via 
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...