Saturday, 8 February 2014

TIP FESYEN TUBUH BESAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Credit to google.

Pastinya bagi orang yang memiliki tubuh besar memerlukan panduan dan tips dalam pemilihan pakaian. Siapa kata orang yang tubuh besar tak boleh berfesyen. Eh boleh je kalau kena gaya. Yang penting keyakinan diri apabila kita menggayakan pakaian yang kita pakai. Jom cekidot tips fesyen tubuh besar. Antaranya ialah :

1. Pakaian berjalur lurus dan tegak

2. Elak memilih fesyen bercorak sarat

3. Pilih warna rona lembut dan kosong terutama untuk kemeja

4. Untuk menyembunyikan bentuk badan, warna gelap adalah alternatif terbaik bagi si bertubuh besar.

5. Padanan warna lembut dan terang di bahagian atas pinggang diyakini mampu mengimbangi berat badan. Manakala gayakan pula seluar rona hitam untuk kesan seimbang.

6. Elak menggayakan beberapa aksesori tambahan seperti jaket, selendang mahupun baju sejuk kerana ia akan menampakkan lagi bentuk badan gempal.

7. Pastikan pakaian yang dipilih sedikit longgar dan tidak melekap pada badan.

8. Padanan kemeja-T dan denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.

9. Tidak salah berfantasi gaya seperti yang bertubuh kecil asalkan bijak menyesuaikan warna dan saiz pakaian.

10. Akhir sekali, jangan sesekali takut atau ragu untuk bergaya. Panduan XXL Warna Pakar fesyen menyatakan warna gelap dapat memberi kesan lebih ramping. Justeru, beranikan diri memilih warna seperti:

· Hitam

· Merah

· Ungu

· Hijau gelap

· Biru tua

Hah dari segi corak walaupun ia hanya corak, namun ia memberi makna besar dalam penampilan anda. Pilihlah corak berikut:

· Berjalur

· Motif sederhana

· Rekaan seimbang. 

Fabrik Fabrik kapas amat sesuai dijadikan pakaian harian kerana menyerap peluh. 

Jika ingin menghadiri sesuatu majlis , pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. 

Bahan nipis seperti sifon atau organza sebolehnya dielakkan kerana boleh menampakkan lekuk dan bayangan badan yang tidak diingini. 

Seeloknya, jika mahu ke parti pilihlah fabrik dari jenis tisu dan viscose.


No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...