Thursday, 2 January 2014

CADANGAN BUAT PAPA BAGI PERSIAPAN SEBELUM KELAHIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Credit to google

Sebelum anda menyambut kelahiran orang baru ada beberapa cadangan persiapan yang boleh anda lakukan sebelum kelahiran. Antaranya ialah :


  • Cuti
Apabila tarikh jangkaan bersalin isteri semakin hampir pastikan anda mengambil cuti. Terutamanya bagi anda yang bekerja jauh dari kediaman contohnya bekerja di luar daerah. Ini bagi mengelakkan apabila sudah tiba masa untuk bersalin tiada sesiapa yang bakal menemani isteri anda.



  • Periksa Kereta
Anda perlu memastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan berfungsi dengan baik. Ini kerana bimbang jika apabila anda ingin menggunakan kenderaanm dalam waktu kecemasan kereta rosak pula apabila perlu digunakan. Pastinya ia boleh menimbulkan rasa panik dan kelam kabut sedangkan isteri anda perlu segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

  • Telefon
Anda perlu memastikan telefon yang dimiliki mempunyai baki kredit yang mencukupi untuk membuat sebarang panggilan jika anda menggunakan talian prabayar. Pastikan juga bateri telefon sentiasa penuh agar ia dapat digunakan untuk membuat panggilan ketika kecemasan.


Jika anda sudah membuat persiapan sebelum kelahiran maka selainnya serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.



No comments:

Post a Comment

Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...