Credit to google |
Pesan Nabi Muhammad S.A.W : Anak-anak yang nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Bagi ibu bapa janganlah anda berasa rimas melayani keletah anak anda yang nakal. Ibu bapa haruslah menukar paradigma tentang anak mereka. Fikirkanlah kerana kata-kata ibubapa atau guru adalah DOA YANG MAKBUL. Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Allah bertindak seperti mana yang di di sangkakan atau difikirkan oleh hambaNya.
Mari kita lihat tips kaedah didik anak yang nakal oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Bagi membantu anak-anak menjadi insan yang soleh perkara yang ibu bapa boleh lakukan adaklah dengan :

1. Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang soleh. Doa itu senjata terpenting orang yang beriman dan Allah angkat hijab kepada doa ibubapa.
2. Didik anak tentang solat dan ibadah yang lain sejak kecil. Setelah beri ingatan dan amaran, wajar rotan anak yang tak solat di umur 10 tahun. Ramai ibubapa yang rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yang rotan anak sebab tak solat!!!
3. Biasakan anak mengamalkan sunnah-sunnah harian. Adab makan dan minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dan lain-lain. Pesan kepada anak lelaki untuk elak kencing berdiri. Pesan kepada anak untuk ISTIBRA' selepas kencing.
4. Pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi Muhammad S.A.W. sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 1/2 jam selepas makan malam. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak irritable dan agresif. Pastikan mereka MAKAN BUAH-BUAHAN SEBELUM MAKAN NASI agar badan dapat serap Vita C yang ada dalam buah-buahan dan lancarkan penghadaman. Vita C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Makan buah selepas makan nasi adalah amalan yang sia-sia sebab badan tak dapat serap nutrien dalam buah-buahan dan ganggu proses penghadaman!
5. Banyakkan memeluk dan memuji anak-anak. Anak yang sering di peluk dan di puji atau dibelai akan tenang, kurang degil, rasa selamat, rasa di sayangi dan tak perlu nak buat nakal untuk menarik perhatian ibubapa.
6. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
7. Beri anak supplemen yang dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran dan stabilkan emosi.
8. Cari peluang berjumpa guru-guru anak di Sekolah tempat dia belajar. Minta nasihat dan bimbingan tentang cara nak bantu anak belajar di rumah.
9. Bacakan di kepala anak: Surah al-Fatehah, ayat qursi dan surah al Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, rajin ke sekolah dan pintar. Bacakan waktu malam masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sekolah atau bila-bila masa yang sempat.
10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi.
12. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif dan extra nakal.
13. Kenali kawan-kawan anak dan ziarah ke rumah mereka untuk berkenalan dengan ibubapa kawan-kawan anak.
14. Doakan guru-guru, kawan-kawan anak dan jiran kita agar cemerlang dan soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat dan Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YANG KITA DOAKAN UNTUK ORANG LAIN!
15. Anak tak ingat apa yang ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yang ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan dan peribadi yang Allah redha.
16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (seperti bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dalam rumahtangga. Kata-kata ibubapa merupakan doa!
17. Padam semua kata-kata negatif yang pernah di sebut kepada anak-anak dengan memohon maaf dan memuji anak dengan jelas. Contohnya: Abah minta maaf sebab kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai. Buat homework sebelum abah suruh, solat sebelum ibu berleter, layan adik dengan baik dan tak herdik-herdik. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yang jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YANG LALU! Maha suci Allah SWT.
18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK-ANAK! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak-anak. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
19. Untuk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir dan berdehem depan anak sebelum menasihati anak yang agak "degil". In sya Allah mereka akan mudah dengar nasihat!
20. Ibubapa JANGAN MENGHARAP ANAK-ANAK BERUBAH, SEBELUM IBUBAPA BERUBAH DULU!
21. Setelah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KEPADA ALLAH SWT.

No comments:
Post a Comment
Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.