Credit to google. |
1) Pastikan anda melakukan sedikit kajian terhadap laman web yang dikunjungi sebelum membeli atau melakukan transaksi. Sekiranya anda berbelanja di laman web yang tidak pernah dikunjungi sebelum ini sangat penting untuk melakukan sedikit kajian. Sebelum meneruskan transaksi periksa nombor telefon si penjualnya dan cuba menghubunginya terlebih dahulu.
2) Anda war-warkan di Facebook tentang web ini ataupun apa sahaja jaringan yang membolehkan anda mendapat pendapat ramai jika anda kurang yakin ataupun ragu-ragu pada laman web tersebut. Katakan anda berminat membeli di laman web tersebut dan lihat komen-komen yang ditinggalkan rakan-rakan anda.Tinggalkan sahaja laman web tersebut jika ada yang memberi pendapat negatif. Jangan bersedih kerana masih banyak lagi laman web yang lebih baik untuk dijadikan pilihan.
3) Paling penting baca syarat-syarat urusan jual beli. Agar anda tidak mengalami kerugian pastikan anda memahami dan memastikan ia adil untuk anda. Lihat bagaimana polisi andai barang yang dihantar rosak, koyak ataupun ada yang tidak kena. Lihat sama ada barang boleh dipulangkan semula ataupun duit akan dikembalikan.
4) Kesalahan yang selalu kerap dilakukan adalah terpengaruh pada gambar-gambar produk yang dijual. Jangan terlampau tergoda pada gambar sahaja, baca deskripsi produk baik-baik. Tidak salah andai anda mencurigai apabila barang yang harganya patut mahal tiba-tiba murah sangat. Siasatlah sebelum anda membeli kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena.
5) Pastinya anda teruja apabila melihat diskaun yang banyak namun jangan terburu-buru atau terlalu mudah jatuh cinta pada produk dengan harga murah yang datang dari e-mail apalagi meminta ID dan password tanpa izin dari pemilik e-mail. Jadi hati-hati sebelum tertipu kerana kebiasaannya ini kerja spammer.
6) Pastikan PC anda mempunyai antivirus. Jika PC anda ada anti 'spyware' dan 'firewall' adalah lebih baik. Ini penting agar melindungi PC anda agar terlindung dari ancaman virus apabila mengunjungi laman web yang tidak dikenali dan setkan proses update secara automatik.
7) Pertimbangkan cara pembayaran. Kebiasaannya pembayaran dilakukan dengan kad kredit. Kad kredit merupakan bukti yang kuat sekiranya anda sudah melakukan transaksi tetapi barang tidak dihantar atau tidak seperti yang dipesan. Memindahkan wang secara online juga boleh dipertimbangkan kerana bukan semua orang mempunyai kad kredit.
8) Pastikan anda memeriksa harga total iaitu harga barang campur harga pembungkusan campur harga postage. Agar anda benar-benar mendapat harga yang berbaloi serta berpatutan dan bandingkan jumlah total tersebut dengan laman web lain.
9) Pastikan anda menyimpan bukti transaksi seperti deskripsi produk dan harga serta salinan e-mail antara kamu dengan penjual.
10) Matikan PC sekiranya anda ingin pergi ke mana-mana setelah selesai melakukan transaksi. Ia untuk memastikan tiada pihak lain yang mengambil kesempatan menyambung mengendalikan PC anda dan melakukan transaksi yang lain.
No comments:
Post a Comment
Before you judge, act. Before you speak, listen. Before you hate, love. Before you write, think. Before you quit, try.